Wednesday 29 July 2009

Teknik Berbaik Sangka

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :

"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku
tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam
hatimu) :

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.”

Read more...

Tuesday 21 July 2009

KONSERT SHOUTUL HARAKAH


Jangan Lepaskan Peluang... Dapatkan Segera Tiket

Read more...

Sunday 12 July 2009

Gallery Foto

Salam Muhibbah,

Setelah bertapa dan mendekam begitu lama. Saya masih tidak dapat lagi fokus sepenuhnya dengan penulisan... Jadi, untuk entry kali ni saya mendapat idea yang malas dan kurang cerdik, saya posting beberapa foto sepanjang di Aceh untuk tatapan keluarga yang tersayang, sahabat2 dan pengunjung2 di seluruh pelosok benua. Juz sebagai perkongsian jah... Ok, Siru ala barakatillah


setaut mahabbah segunung ukhuwwah, delegasi dari perubatan UK

Baliho Pilihanraya Presiden... "mencari pemimpin yang bernuansa Islamis, dimana sih???".

Tempat Pembuangan Suara... mencari pengkhianat demokrasi...

Pesta Demokrasi di Ar-Raniry.. Pemilihan Presiden Mahasiswa..

Bersama ore kampung Blang Krueng...


Posing kt tempt ngaji


memory daun pisang bersama mr. Zul, dahulu kami pernah sama-sama berjanji, kelak akan menjadi seorang daie yg negarawan dan berskala International.. kwn2 doakan dih...

Bersama Syeikh Solah dari Palestine dan ustaz Ghufran... daun pisang lagi bersama Azar, Lah dan Aku. tips bagaimana menjadi pria yang digilai oleh bidadari syurga...

Rehlah Mujahid bersama ADK, kami x bina mahligai istana rumahtangga... Tapi kami bina masjid Kubah Shahra Palestine... Kelak kami ke sana memburu redha Allah dan Syahid...

Dipuncak Maratibul Amal " Ustaziyatul Alam ".- Menyongsong Spirit Muslim Negarawan

bukan Laskar Pelangi, tapi Laskar Halilintar... bersama poksulie, dialah murabbi, dialah kawan, dan dialah teman dalam perjuangan... Dia seorang trainer ESQ yg handal. Menghidupkan jiwa yg mati dan mengembalikan harapan yg hilang...

my family... mak, ayah dan adik2 semua ape khabar, rindula... doakan baim jadi anak yang soleh dan Istiqamah dengan Islam dan perjuangannya... oh ye gambar anak buah (tica) xde...- ni gambar lama..

Read more...

Saturday 4 July 2009

TRIBUTE TO ALL STUDENT PARLIAMENT


Salam Muhibbah

Nampaknya untuk entry kali ini saya lebih bersemangat… Semangat melihat sahabat-sahabat mahasiswa PMIUM, ISIUKM, Makruf Club serta aliansi-aliansi parlimen mahasiswa yang lainnya bersatu untuk memberikan dokongan dan sokongan ke atas beberapa mahasiswa yang didakwa telah melakukan cubaan untuk membakar dan menceroboh dewan serta menconteng dinding.


Dari jauh saya cuba menyelami suasana tersebut. Samada benar atau tidak perkara itu, saya tidak tahu.. Secara peribadi saya 300% tidak menyokong tindakan tersebut hanya dilakukan setakat itu sahaja, seharusnya lebih extreme lagi. Kerana tiada bahasa sopan bagi mereka yang zalim…


Namun, dalam hal ini meskipun ramai yang memprotes, bilang sahaja celaka dan persetan mereka... Jadi sahaja mahasiswa yang mandom dan bacul, mahasiswa yang sanggup melihat tapak keintelektualan mereka dimasuki oleh makhluk yang mempunyai seribu tanda tanya, seribu persoalan dan seribu dakwaan. Sangat memalukan buat mahasiswa dan lebih-lebih lagi seluruh aparat-aparat diperalatkan oleh orang sebegini untuk menjaga nama baik dan menutup celah-celah puaka mereka dengan mengejar anak-anak kecil dan terus menuduh mereka yang pelik-pelik. Sedangkan mereka hanya melakarkan kretiviti dan aspirasi kebenaran mereka sahaja…


Tahniah buat sahabat-sahabat mahasiswa… Jangan takut dengan kebenaran, jangan gentar dengan gertakan… Mahasiswa adalah orang yang berfikir dengan kehendak merdeka dan mahasiswa adalah petarung sejati yang cermat… Ekspresikan dirimu mahasiswa… Kerana, hari-hari mahasiswa adalah hari-hari untuk para negarawan… Saatnya mahasiswa kembali berpuaka…



Menuju Malaysia Baru


Read more...

Thursday 2 July 2009

Pendidikan Politik; Who Gets What, When and How

Salam Muhibbah,


Ikhwan Fillah,


Untuk entry kali ni mungkin saya lebih kepada mengulas makalah atau paperwork saya. Isi yang santai dan tidak berat sangat. Mungkin ini lebih penting sebagai penekanan aspek pendidikan politik kepada umum.


Ada banyak ragam pengertian atau definisi mengenai apa yang dimaksudkan dengan politik. Harold Laswell mengatakan politik adalah who gets what, when and how (Siapa mendapatkan apa, bila dan bagaimana). Tetapi pendapat umum mengatakan bahawa politik adalah kegiatan dalam suatu system politik atau system Negara yang menyangkut dengan proses menentukan tujuan-tujuan dari system itu sendiri dan melaksanakan tujuan-tujuan itu. Untuk melaksanakan tujuan-tujuan tersebut memerlukan kebijaksanaan-kebijaksanaan umum (public policies) yang menyangkut pengaturan dan pembahagian (distribution) atau alokasi (allocation) dari sumber-sumber yang ada. Dan untuk melaksanakan kebijaksanaan tersebut itu perlu dimiliki kekuasaan (power) dan kewenangan (authority), yang akan dipakai baik untuk membina kerjasama maupun menyelesaikan konflik yang mungkin timbul dari prose situ. Cara-cara yang dipakai dapat bersifat persuasive (menyakinkan) dan kalau perlu bersifat paksaan (coercion).


Politik selalu menyangkut tujuan-tujuan dari seluruh masyarakat (public goals) dan bukan tujuan peribadi (public goals). Menurut Olsen, pada tingkat praktis (masyarakat) komponen utama politik yang berada dalam sebuah system politik itu ada 3; Negara, pemerintah dan parti politik. Bagi Olsen, Negara adalah lembaga yang mengurus authority politik dan bentuk-bentuk lain dari kekuasaan politik di dalam sesuatu masyarakat. Authority itu diperolehi secara sah (legitimate) sebagai hasil titah raja (monarki) atau kerana perlaksanaan rakyat untuk membentuk pemerintahan (demokrasi) Konsekuensi dari legitimasi ini, Negara melaksanakan kedaulatan di dalam masyrakat, Negara pembuat keputusan dan menggunakan kekuatan agar keputusan tadi dipatuhi.


Sedangkan pemerintah adalah satu set organisasi formal yang melaksanakan kekuasaan Negara dan memerintah masyarakat atau salah satu bahagian dari poltik pemerintahan itu. Di negara-negara tertentu, sebagaimana menurut Montesque pemerintah dibahagikan kepada 3 kekuasaan (separation of power / trias politica) iaitu Legislatif (badan perundangan) eksekutif (badan perlaksanaan) dan yudikatif (badan kehakiman). Kesimpulannya, secara umum terdapat lima konsep pokok dalam politik iaitu;

1. Negara (state)

2. Kekuasaan (power)

3. Pengambilan keputusan (decision maker)

4. Kebjakan (policy)

5. Distribution dan allocation

Read more...