Tuesday 24 February 2009

MAHASISWA DALAM MENYONGSONG PRK 3 BUKIT DAN 1 BATANG AI


Di dalam memacu gelombang kebangkitan mahasiswa, seharusnya mahasiswa kini lebih progresif dalam memperjuangkan dan memperbetulkan beberapa isu-isu publik dan politik negara yang sedang di dalam bobrok sekarang. Dengan berlatar belakangkan polemik yang melanda di negara yang telah banyak menghakis kedaulatan rakyat, termasuk perlecehan institusi demokrasi dan hak asasi manusia… Bagi memelihara demokrasi yang hilang ini, mahasiswa seharusnya berperan sebagai pendesak atau pemangkin kepada perjuangan politik nilai mahasiswa. Disamping berfungsi sebagai agent of change atau kerajaan kedua setelah kerajaan Malaysia, mahasiswa hendaklah menjadi guru kepada rakyat bagi mengembalikan wibawa bangsa dan Negara Malaysia dan mengajarkan kepada rakyat bahawa demokrasi itu sangat mencerdaskan jika dilaksanakan dengan damai. Keadilan harus ditegakkan dan kezaliman mestilah diperangi walau dengan apa cara sekalipun. Kerana bangsa pemerintah tidak pernah mengenal bahasa rakyat.

Di dalam menyongsong PRK 3 bukit dan 1 Batang Ai (Bukit Lanjan, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai) Mahasiswa membawa misi sebagai social control yang bersifat independent. Komited memerangi hegemoni kerajaan tirani tanpa bias kepada parti-parti yang tertentu. Berikut adalah beberapa saranan kepada mahasiswa dalam menyongsong PRK 3 bukit;


i. Memberikan pendidikan politik kepada masyarakat apakah sebenarnya erti memilih pemimpin.. Dan membawa massa seiring dengan ruang lingkup pendidikan politik kepada masyarakat.

ii. Menyediakan forum terbuka, diskusi dan debat terbuka yang mempertemukan antara candidate atau calon bagi membangun opini public, seperti apakah pemimpin yang harus mereka pilih.

iii. Menganjurkan manifesto, janji-janji, kontrak politik daripada calon-calon serta turut bersama-sama rakyat semasa dan selepas PRK dalam menuntut kontrak politik yang telah dijanjikan oleh calon. Tindakan berani dan agresif haruslah dilakukan jika calon yang telah mendapat kerusi membelakangkan kontrak tersebut..

iv. Membentuk ketumbukan sebagai badan pengawas pilihanraya yang lebih efektif.

v. Sebagai agent pemerhati dan penguatkuasa undang-undang. Ini jelas bahawa tiada kelompok yang dapat mengerti tentang bahasa undang2 melainkan golongan mahasiswa.Hal ini sangatlah signifikan supaya perlaksanaan pilihanraya berjalan sesuai dengan kehendak undang-undang yang sedia ada (no more korupsi).

vi. Mengevaluasi prestasi candidate yang bertanding. Adakah candidate tersebut mempunyai rekod hitam yang akan mengugat hak dan kewajiban rakyat serta berpotensi untuk menyeleweng dari seandainya terpilih.



Begitulah saranan bahawa mahasiswa, disamping meningkatkan kualiti tarbiyah dan mutu akademik di kampus. Kecerdasan mahasiswa sangat diperlukan dalam bergelumang dengan rakyat dan terus menerus menentang kezaliman dan komited dalam melakukan perubahan, pembangunan dan memodernisasikan segenap sektor dan lapangan. Kita harus optimis bahawa, kerana hari mendatang adalah hari kita. Kerana negarawan yang ideal adalah negarawan yang lahir dari kalangan mahasiswa… Bak kata Ellen Balke “ Jika anda ingin mengubah masa depan, anda perlulah bekerja masa sekarang” - Know Your Self,

0 comments: